Sesungguhnya demam itu adalah cebisan daripada api neraka yang perlu dipadamkan dengan air

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا أصابت أحدكم الحمى، فإن الحمى قطعة من النار، فليطفئها عنه بالماء، فليستنقع نهرا جاريا ليستقبل جرية الماء، فيقول: بسم الله، اللهم اشف عبدك، وصدق رسولك؛ بعد صلاة الصبح قبل طلوع الشمس، فليغتمس فيه ثلاث غمسات ثلاثة أيام، فإن لم يبرأ في ثلاث فخمس، وإن لم يبرأ في خمس فسبع، فإن لم يبرأ في سبع فتسع، فإنها لا تكاد أن تجاوز تسعا بإذن الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang kamu demam, maka sesungguhnya demam itu adalah potongan (cebisan) daripada api neraka. Oleh itu, padamkanlah ia dengan menggunakan air. Letakkanlah dalam sungai yang mengalir supaya dia menghadap arus air, lalu bacalah: Dengan nama Allah! Ya Allah! Sembuhkanlah hambaMu, benarkanlah rasulMu. Selepas solat Subuh sebelum terbitnya matahari, rendamkanlah dia di dalamnya sebanyak tiga kali untuk tempoh tiga hari. Jika dia masih belum sembuh dalam tempoh tiga hari, maka lima hari, jika masih juga belum sembuh dalam tempoh lima hari, maka tujuh hari. Jika masih belum sembuh juga dalam tempoh tujuh hari, maka sembilan hari, kerana sesungguhnya hampir-hampir kesembuhan itu tidak melebihi sembilan hari dengan izin Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1428, hadis nombor 7256. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ثوبان رضي الله عنه مرفوعا: إذا أصابت أحدكم الحمى، فإن الحمى قطعة من النار، فليطفئها عنه بالماء، فليستنقع نهرا جاريا ليستقبل جرية الماء، فيقول: بسم الله، اللهم اشف عبدك، وصدق رسولك؛ بعد صلاة الصبح قبل طلوع الشمس، فليغتمس فيه ثلاث غمسات ثلاثة أيام، فإن لم يبرأ في ثلاث فخمس، وإن لم يبرأ في خمس فسبع، فإن لم يبرأ في سبع فتسع، فإنها لا تكاد أن تجاوز تسعا بإذن الله.
[ت، حم، طب، ابن السني، ((الضعيفة)) (2339)].

(Lemah)
Daripada Thawban RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seseorang kamu demam, maka sesungguhnya demam itu adalah potongan (cebisan) daripada api neraka. Oleh itu, padamkanlah ia dengan menggunakan air. Letakkanlah dalam sungai yang mengalir supaya dia menghadap arus air, lalu bacalah: Dengan nama Allah! Ya Allah! Sembuhkanlah hambaMu, benarkanlah rasulMu. Selepas solat Subuh sebelum terbitnya matahari, rendamkanlah dia di dalamnya sebanyak tiga kali untuk tempoh tiga hari. Jika dia masih belum sembuh dalam tempoh tiga hari, maka lima hari, jika masih juga belum sembuh dalam tempoh lima hari, maka tujuh hari. Jika masih belum sembuh juga dalam tempoh tujuh hari, maka sembilan hari, kerana sesungguhnya hampir-hampir kesembuhan itu tidak melebihi sembilan hari dengan izin Allah.
[Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, Ahmad dalam al-Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2339]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.