Sesungguhnya demam dan pening kepala sering suka kepada orang yang beriman

TEKS BAHASA ARAB

إن المليلة والصداع يولعان بالمؤمن، وإن ذنبه مثل جبل أحد؛ حتى لا يدعا عليه من ذنبه مثقال حبة من خردل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya demam dan pening kepala sering suka kepada orang yang beriman (bagi menghapuskan dosa mereka) walaupun sekiranya dosa seseorang itu umpama bukit Uhud, ia tidak akan meninggalkan daripada dosanya walaupun sebesar biji sawi sekalipun.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1767, hadis nombor 8895. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس قال: دخلت على أبي الدرداء أعوده في مرضه فقلت: يا أبا الدرداء! إنا نحب أن تصح، فلا تمرض. فقال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((إن المليلة والصداع يولعان بالمؤمن، وإن ذنبه مثل جبل أحد؛ حتى لا يدعا عليه من ذنبه مثقال حبة من خردل)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7106)].

(Sangat Lemah)
Daripada Anas, beliau berkata: Aku telah datang kepada Abi Darda untuk menziarahinya kerana sakit lalu aku berkata: Wahai Abu Darda! Sesungguhnya kami suka jika kamu sihat dan tidak sakit. Lalu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya demam dan pening kepala sering suka kepada orang yang beriman (bagi menghapuskan dosa mereka) walaupun sekiranya dosa seseorang itu umpama bukit Uhud, ia tidak akan meninggalkan daripada dosanya walaupun sebesar biji sawi sekalipun.))
[Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 7106].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.