Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ المليلةَ والصداعَ يُولِعَانِ بالمؤمنِ وإنَّ ذنبَهُ مثلُ جبلِ أُحُدٍ حتى لا يَدَعَا عليهِ من ذنبِهِ مثقالَ حبةٍ من خردلٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya demam dan pening kepala sering suka kepada orang yang beriman (bagi menghapuskan dosa mereka) walaupun sekiranya dosa seseorang itu umpama bukit Uhud, ia tidak akan meninggalkan daripada dosanya walaupun sebesar biji sawi sekalipun.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1767, hadis no. 8895. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس قال: دخلت على أبي الدرداء أعوده في مرضه فقلت: يا أبا الدرداء! إنا نحب أن تصح، فلا تمرض. فقال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((إن المليلة والصداع يولعان بالمؤمن، وإن ذنبه مثل جبل أحد؛ حتى لا يدعا عليه من ذنبه مثقال حبة من خردل)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7106)].
(Sangat Lemah) Daripada Anas, beliau berkata: Aku telah datang kepada Abi Darda untuk menziarahinya kerana sakit lalu aku berkata: Wahai Abu Darda! Sesungguhnya kami suka jika kamu sihat dan tidak sakit. Lalu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya demam dan pening kepala sering suka kepada orang yang beriman (bagi menghapuskan dosa mereka) walaupun sekiranya dosa seseorang itu umpama bukit Uhud, ia tidak akan meninggalkan daripada dosanya walaupun sebesar biji sawi sekalipun.)) [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 7106].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman