Sesungguhnya Daud seorang nabi AS tatkala melihat seorang wanita baginda berkehendak kepadanya

TEKS BAHASA ARAB

إن داود النبي عليه السلام حين نظر إلى المرأة فهم بها قطع على بني إسرائيل بعثا وأوحى إلى صاحب البعث فقال: “إذا حضر العدو فقرب فلانا”، وسماه، قال: فقربه بين يدي التابوت، قال: وكان ذلك التابوت في ذلك الزمان يستنصر به، فمن قدم بين يدي التابوت لم يرجع حتى يقتل أو ينهزم عنه الجيش الذي يقاتله، فقتل زوج المرأة، ونزل الملكان على داود فقصا عليه القصة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Daud seorang nabi AS tatkala melihat wanita lalu baginda berkehendak kepadanya, Baginda mengutuskan ke atas Bani Israel utusan dan memberitahu utusan tersebut: “Apabila datangnya musuh maka kamu tunjukkanlah si fulan”, dan baginda menamakannya. Dia berkata: “Dia pun mendekatkanya pada peti”. Dia berkata: “Peti tersebut pada zaman itu (digunakan) untuk kemenangan. Barang siapa yang didekatkan dengab peti, dia tidak akan pulang sehingga dibunuh atau tentera yang memeranginya kalah”. Lalu terbunuhlah suami kepada wanita tersebut dan kemudian turun dua malaikat kepada Daud AS dan mereka berdua menceritakan kepada baginda kisah itu).

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1655, hadis nombor 8353. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن أنس مرفوعا: ((إن داود النبي عليه السلام حين نظر إلى المرأة فهم بها قطع على بني إسرائيل بعثا وأوحى إلى صاحب البعث فقال: “إذا حضر العدو فقرب فلانا”، وسماه، قال: فقربه بين يدي التابوت، قال: وكان ذلك التابوت في ذلك الزمان يستنصر به، فمن قدم بين يدي التابوت لم يرجع حتى يقتل أو ينهزم عنه الجيش الذي يقاتله، فقتل زوج المرأة، ونزل الملكان على داود فقصا عليه القصة)). [الحكيم، ابن أبي حاتم، ((الضعيفة)) (314)].

(Batil)
Daripada Anas RA secara marfu’: ((Sesungguhnya Daud seorang nabi AS tatkala melihat wanita lalu baginda berkehendak kepadanya, Baginda mengutuskan ke atas Bani Israel utusan dan memberitahu utusan tersebut: “Apabila datangnya musuh maka kamu tunjukkanlah si fulan”, dan baginda menamakannya. Dia berkata: “Dia pun mendekatkanya pada peti”. Dia berkata: “Peti tersebut pada zaman itu (digunakan) untuk kemenangan. Barang siapa yang didekatkan dengab peti, dia tidak akan pulang sehingga dibunuh atau tentera yang memeranginya kalah”. Lalu terbunuhlah suami kepada wanita tersebut dan kemudian turun dua malaikat kepada Daud AS dan mereka berdua menceritakan kepada baginda kisah itu))).
[Riwayat al-Hakim, Riwayat Ibn Abi Hatim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 314].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs