Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya darjat dan kelebihan di akhirat lebih besar berbanding di dunia

Teks Bahasa Arab

ما من عبدٍ يحبُّ أن يُرفعَ في الدُّنيا درجةً، فارتفَع، إلَّا وضعَه اللهُ في الآخرةِ درجةً أكبرَ مِنها وأطولَ، ثمَّ قال: لَلْآخِرَةُ أَكْبَرُ دَرَجَاتٍ وَأَكْبَرُ تَفْضِيلًا.

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada seorang hamba yang suka untuk mengangkat darjatnya di dunia lalu terangkat darjatnya melainkan Allah akan memberikannya darjat yang lebih besar dan panjang di akhirat. Kemudian baginda bersabda: Dan sesungguhnya akhirat itu lebih besar akan darjat dan kelebihannya.

Sahabat Perawi

  1. Salman al-Farisi RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 17, hadis no. 27. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سلمان الفارسي - رضي الله عنه - مرفوعا: ((ما من عبد يحب أن يرتفع في الدنيا درجة فارتفع إلا وضعه الله في الآخرة درجة أكبر منها وأطول، ثم قال: {وللآخرة أكبر درجات وأكبر تفضيلا})). [طب، حل، ((الضعيفة)) (344)]

(Palsu) Daripada Salman al-Farisi RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada seorang hamba yang suka untuk mengangkat darjatnya di dunia lalu terangkat darjatnya melainkan Allah akan memberikannya darjat yang lebih besar dan panjang di akhirat. Kemudian baginda bersabda: Dan sesungguhnya akhirat itu lebih besar akan darjat dan kelebihannya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abī Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.344]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.