Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya daripada kalangan umatku ada yang datang ke pasar lalu dia membeli baju dengan setengah dinar, atau sepertiga dinar, lalu dia memuji Allah apabila dia memakainya

Teks Bahasa Arab

إنَّ من أمتي من يأتي السوقَ فيبتاعَ القميصَ بنصفِ دينارٍ أو ثلثِ دينارٍ، فيحمدُ اللهَ إذا لبسَهُ، فلا يبلغْ ركبتَيْه حتى يُغْفَرَ لهُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya daripada kalangan umatku ada yang datang ke pasar lalu dia membeli baju dengan setengah dinar, atau sepertiga dinar, lalu dia memuji Allah apabila dia memakainya. Nescaya (baju itu) tidak sampai ke dua lututnya melainkan telah diampunkan baginya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 571, hadis no. 2952.

(موضوع) عن أبي أمامة - رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «إن من أمتي من يأتي السوق ‌فيبتاع القميص بنصف دينار أو ثلث دينار، فيحمد الله إذا لبسه، فلا يبلغ ركبتيه حتى يغفر له». [طب، «الضعيفة» (7123)].

(Palsu) Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Sesungguhnya daripada kalangan umatku ada yang datang ke pasar lalu dia membeli baju dengan setengah dinar, atau sepertiga dinar, lalu dia memuji Allah apabila dia memakainya. Nescaya (baju itu) tidak sampai ke dua lututnya melainkan telah diampunkan baginya". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7123].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.