Sesungguhnya dari seburuk-buruk kedudukan manusia ialah sesiapa yang membinasakan akhiratnya dengan dunia selainnya

TEKS BAHASA ARAB

إن من أسوأ الناس منزلة من أذهب آخرته بدنيا غيره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya dari seburuk-buruk kedudukan manusia ialah sesiapa yang membinasakan akhiratnya dengan dunia selainnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1996, hadis nombor 10004. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – عن النبي ﷺ قال: «إن من أسوأ الناس منزلة من أذهب آخرته بدنيا غيره».
[الطيالسي، هب، «الضعيفة» (2229)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: “Sesungguhnya dari seburuk-buruk kedudukan manusia ialah sesiapa yang membinasakan akhiratnya dengan dunia selainnya”.
[Riwayat al-Tayalisi, Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2229].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs