Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ مِن أَسْوَإِ الناسِ منْزِلةً مَن أذْهَبَ آخِرَتَهُ بِدُنْيا غَيْرِه.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya dari seburuk-buruk kedudukan manusia ialah sesiapa yang membinasakan akhiratnya dengan dunia selainnya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1996, hadis no. 10004. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعیف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - عن النبي ﷺ قال: «إن من أسوأ الناس منزلة من أذهب آخرته بدنيا غيره». [الطيالسي، هب، «الضعيفة» (2229)].
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: “Sesungguhnya dari seburuk-buruk kedudukan manusia ialah sesiapa yang membinasakan akhiratnya dengan dunia selainnya”. [Riwayat al-Tayalisi, Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2229].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman