Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلَاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ، فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dipanggil al-Dhuha. Apabila tiba hari kiamat, akan diseru: Dimanakah orang-orang yang dulu sering mendirikan solat duha? Inilah pintu kalian, masuklah kalian melaluinya dengan rahmat Allah.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 303, hadis no. 1604. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدًا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه - : ((إن في الجنة بابًا يقال له: الضحى، فإذا كان يوم القيامة نادى مناد: أين الذين كانوا يديمون على صلاة الضحى؟ هذا بابكم، فادخلوه برحمة الله)). [طس، ((الضعيفة)) (5065)].
(Terlalu Daif) Daripada Abu Hurairah RA: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dipanggil al-Dhuha. Apabila tiba hari kiamat, akan diseru: Dimanakah orang-orang yang dulu sering mendirikan solat duha? Inilah pintu kalian, masuklah kalian melaluinya dengan rahmat Allah.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5065].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman