Sesungguhnya dalam sesebuah majlis itu terdapat tiga golongan: Orang yang selamat daripada dosa, orang yang mendapat ganjaran pahala, dan orang yang binasa lagi berdosa

TEKS BAHASA ARAB

إن المجالس ثلاثة: سالم، وغانم، وشاجب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya dalam sesebuah majlis itu terdapat tiga golongan: (Iaitu) orang yang selamat daripada dosa, orang yang mendapat ganjaran pahala, dan orang yang binasa lagi berdosa.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 204, hadis nombor 1067. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن المجالس ثلاثة: سالم، وغانم، وشاجب)). [حب، حم، ع، ((الضعيفة)) (3143)]

(Lemah)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya dalam sesebuah majlis itu terdapat tiga golongan: (Iaitu) orang yang selamat daripada dosa, orang yang mendapat ganjaran pahala, dan orang yang binasa lagi berdosa.
[Riwayat Ibn Ḥibbān dalam Ṣaḥīḥ beliau, Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnad beliau dan Abu Ya‘lā dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3143]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs