Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ المَجَالِسَ ثلاثةٌ: سَالِمٌ، وغَانِمٌ، وشَاجِبٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya dalam sesebuah majlis itu terdapat tiga golongan: (Iaitu) orang yang selamat daripada dosa, orang yang mendapat ganjaran pahala, dan orang yang binasa lagi berdosa.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 204, hadis no. 1067. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن المجالس ثلاثة: سالم، وغانم، وشاجب)). [حب، حم، ع، ((الضعيفة)) (3143)]
(Daif) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya dalam sesebuah majlis itu terdapat tiga golongan: (Iaitu) orang yang selamat daripada dosa, orang yang mendapat ganjaran pahala, dan orang yang binasa lagi berdosa. [Riwayat Ibn Ḥibbān dalam Ṣaḥīḥ beliau, Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnad beliau dan Abu Ya‘lā dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3143]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman