TEKS BAHASA ARAB
حديث: في أمتي رجل اسمه النعمان، وكنيته أبو حنيفة، هو سراج أمتي. وكررها ثلاثا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesungguhnya dalam kalangan umatku ada seorang lelaki yang bernama Nu’man dan gelarannya adalah Abu Hanifah, beliau merupakan pelita obor umatku.
Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 130, hadis nombor 365. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
أورده ابن الجوزي في الموضوعات، وردوه، لكن قال الخطيب: موضوع، وهو الظاهر، والله تعالى أعلم.
Ibn al-Jauzi memasukkannya dalam al-Maudhu’at, ramai yang membantahnya. Akan tetapi al-Khatib berkata: Palsu.
Dan ini adalah pandangan yang kuat. Waallahu a’lam.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.