Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya dalam kalangan manusia ini ada kunci-kunci untuk mengingati Allah

Teks Bahasa Arab

إنَّ مِنَ النَّاسِ مَفَاتيحَ لِذِكْرِ اللّهِ ، إِذَا رُؤُوا ذُكِرَ اللّهُ

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya dalam kalangan manusia ini ada kunci-kunci untuk mengingati Allah, apabila mereka dilihat, akan diingati Allah.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1810, hadis no. 9124. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن عبدالله بن مسعود - رضي الله عنه - مرفوعاً: إنَّ مِنَ النَّاس مفاتيحُ لذكر الله، إذا رَؤوا ذُكِرَ الله. [طب، ((الضعيفة))(2409)]

(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya dalam kalangan manusia ini ada kunci-kunci untuk mengingati Allah, apabila mereka dilihat, akan diingati Allah.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no.2409]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.