Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ لِإبليسَ مَرَدَةٌ من الشَّياطينِ يَقولُ لهمْ: عليكم بالحُجَّاجِ والمجاهِدينَ فأضِلُّوهُمْ عنِ السَّبيلِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya dalam kalangan Iblis ada syaitan yang ganas dan mereka berkata (kepada syaitan-syaitan lain): Hendaklah kamu menyesatkan para jemaah haji dan juga golongan mujahidin dari jalan sebenar.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 729, hadis no. 3718. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن لإبليس مردة من الشياطين يقول لهم: عليكم بالحجاج والمجاهدين فأضلوهم عن السبيل)). [طب، ابن شاهين في ((رباعياته))، زاهر الشحامي في ((السباعيات))، ابن عساكر في ((التجريد))، ((الضعيفة)) (680)]
(Terlalu Daif) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya dalam kalangan Iblis ada syaitan yang ganas dan mereka berkata (kepada syaitan-syaitan lain): Hendaklah kamu menyesatkan para jemaah haji dan juga golongan mujahidin dari jalan sebenar. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn Syahin dalam Ruba’iyyatih, Zahir al-Syahami dalam al-Siba’iyyat dan Ibn Asakir dalam al-Tajrid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 680]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman