Sesungguhnya dahulu aku mengetahuinya (iaitu waktu mustajab doa hari Jumaat) kemudian aku dijadikan lupa tentangnya

TEKS BAHASA ARAB

إني كنت أعلمها (أي: ساعة الإجابة يوم الجمعة) ثم أنسيتها كما أنسيت ليلة القدر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya dahulu aku mengetahuinya (iaitu waktu mustajab doa hari Jumaat) kemudian aku dijadikan lupa tentangnya sebagaimana aku dijadikan lupa tentang lailatulqadar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 358, hadis nombor 1906. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سلمة – رضي الله عنه -، قال: قلت: والله لوجئت أبا سعيد الخدري فسألته عن هذه الساعة، لعله يكون عنده منها علم، فأتيته، فقلت: يا أبا سعيد إن أبا هريرة حدثنا عن الساعة التي في يوم الجمعة، فهل عندك منها علم؟ فقال: سألنا النبي ﷺ فقال: «إني كنت أعلمها ثم أنسيتها كما أنسيت ليلة القدر». قال: ثم خرجت من عنده فدخلت على عبد الله بن سلام ثم ذكر الحديث. [النسائي في «عشرة النساء»، ش، ك، هق، حم، «الضعيفة» (1177)].

(Lemah) Daripada Abu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata: "Demi Allah! Jika aku pergi bertemu Abu Sa‘id al-Khudri lalu aku tanyakan dia tentang waktu ini (iaitu waktu mustajab doa hari Jumaat), boleh jadi dia mengetahui sesuatu tentang perkara itu". Maka aku pun pergi menemuinya lalu aku bertanya: "Wahai Abu Sa‘id, sesungguhnya Abu Hurairah telah menceritakan kepada kami tentang suatu waktu yang terdapat pada hari Jumaat, adakah kamu mengetahui sesuatu tentangnya?" Lalu beliau menjawab: "Kami pernah bertanya kepada Rasulullah ﷺ, lalu baginda bersabda: Sesungguhnya dahulu aku mengetahuinya (iaitu waktu mustajab doa hari Jumaat) kemudian aku dijadikan lupa tentangnya sebagaimana aku dijadikan lupa tentang lailatulqadar". Abu Salamah berkata: "Kemudian aku meninggalkan Abu Sa‘id dan aku menemui Abdullah bin Salam". Kemudian beliau menyebut hadis tersebut. [Diriwayatkan oleh al-Nasa’i dalam ‘Ishrat al-Nisa’, Ibn Abu Shaybah dalam Musannafnya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Bayhaqi dalam Sunannya dan Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1177].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs