Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya dahulu aku mengetahuinya (iaitu waktu mustajab doa hari Jumaat) kemudian aku dijadikan lupa tentangnya

Teks Bahasa Arab

إنِّي كُنتُ أُعلِمها (أَي: سَاعَة الْإِجَابَة يَوْم الْجمعة) ثُمَّ أُنسيتُها كما أُنسيتُ لَيْلةَ القَدْرِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya dahulu aku mengetahuinya (iaitu waktu mustajab doa hari Jumaat) kemudian aku dijadikan lupa tentangnya sebagaimana aku dijadikan lupa tentang lailatulqadar.

Sahabat Perawi

  1. Abu Salamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 358, hadis no. 1906. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سلمة - رضي الله عنه -، قال: قلت: والله لوجئت أبا سعيد الخدري فسألته عن هذه الساعة، لعله يكون عنده منها علم، فأتيته، فقلت: يا أبا سعيد إن أبا هريرة حدثنا عن الساعة التي في يوم الجمعة، فهل عندك منها علم؟ فقال: سألنا النبي ﷺ فقال: «إني كنت أعلمها ثم أنسيتها كما أنسيت ليلة القدر». قال: ثم خرجت من عنده فدخلت على عبد الله بن سلام ثم ذكر الحديث. [النسائي في «عشرة النساء»، ش، ك، هق، حم، «الضعيفة» (1177)].

(Daif) Daripada Abu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata: "Demi Allah! Jika aku pergi bertemu Abu Sa‘id al-Khudri lalu aku tanyakan dia tentang waktu ini (iaitu waktu mustajab doa hari Jumaat), boleh jadi dia mengetahui sesuatu tentang perkara itu". Maka aku pun pergi menemuinya lalu aku bertanya: "Wahai Abu Sa‘id, sesungguhnya Abu Hurairah telah menceritakan kepada kami tentang suatu waktu yang terdapat pada hari Jumaat, adakah kamu mengetahui sesuatu tentangnya?" Lalu beliau menjawab: "Kami pernah bertanya kepada Rasulullah ﷺ, lalu baginda bersabda: Sesungguhnya dahulu aku mengetahuinya (iaitu waktu mustajab doa hari Jumaat) kemudian aku dijadikan lupa tentangnya sebagaimana aku dijadikan lupa tentang lailatulqadar". Abu Salamah berkata: "Kemudian aku meninggalkan Abu Sa‘id dan aku menemui Abdullah bin Salam". Kemudian beliau menyebut hadis tersebut. [Diriwayatkan oleh al-Nasa’i dalam ‘Ishrat al-Nisa’, Ibn Abu Shaybah dalam Musannafnya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Bayhaqi dalam Sunannya dan Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1177].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.