Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya cita-cita itu adalah rahmat daripada Allah SWT kepada umatku

Teks Bahasa Arab

إنما الأملُ رحمةٌ من اللهِ لِأُمَّتي، لولا الأملُ ما أَرْضَعَتْ أمٌّ ولدًا، ولا غَرَس غارسٌ شجرًا.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya cita-cita itu adalah rahmat daripada Allah SWT kepada umatku. Sekiranya tidak ada cita-cita nescaya seorang ibu tidak akan menyusukan anaknya, serta tidak ada orang yang akan menanam pepohonan.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 51, hadis no. 213. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إنما الأمل رحمة من الله لأمتي، لولا الأمل ما أرضعت أم ولداً، ولا غرس غارس شجراً)). [خط، فر، ((الضعيفة)) (3217)].

(Palsu) Daripada Anas RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : ((Sesungguhnya cita-cita itu adalah rahmat daripada Allah SWT kepada umatku. Sekiranya tidak ada cita-cita nescaya seorang ibu tidak akan menyusukan anaknya, serta tidak ada orang yang akan menanam pepohonan.)) [Riwayat al-Khaṭīb dalam Tārikh Baghdād, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3217].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.