Sesungguhnya cincin untuk ini dan ini, iaitu jari kelingking dan jari manis

TEKS BAHASA ARAB

إنما الخاتم لهذه وهذه. يعني الخنصر والبنصر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya cincin untuk ini dan ini. Iaitu jari kelingking dan jari manis.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1616, hadis nombor 8154. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي موسى – رضي الله عنه -، قال: ((رآني رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وأنا أقلب خاتمي في السبابة والوسطى، فقال: إنما الخاتم لهذه وهذه. يعني الخنصر والبنصر)). [الروياني، ((الضعيفة)) (2172)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abi Musa RA berkata: Rasulullah SAW melihat sedang membalikkan cincinku di jari telunjuk dan jari tengah. Lalu baginda bersabda: ((Sesungguhnya cincin untuk ini dan ini. Iaitu jari kelingking dan jari manis.))
[Riwayat al-Ruwiyani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2172].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs