Sesungguhnya burung pipit adalah burung yang pertama berpuasa pada hari Asyura

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن الصرد أول طير صام عاشوراء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya burung pipit adalah burung yang pertama berpuasa pada hari Asyura.

STATUS

Terdapat Perawi Munkar Al-Hadith Pada Sanadnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 97-98, hadis nombor 35. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن أبي غليظ مرفوعا ولا يعرف في الصحابة من له هذا الاسم وفي إسناده: عبد الله بن معاوية منكر الحديث.
ورواه الحكيم الترمذي عن أبي غليظ عن أبي هريرة قال: الصرد أول طير صام.
وروى أبو نعيم في الحلية عن قيس بن عباد قال: كانت الوحوش تصوم يوم عاشوراء.

Al-Khatib meriwayatkan daripada Abu Ghaliz secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) sedangkan tidak diketahui dikalangan sahabat yang mempunyai nama ini. Pada sanadnya terdapat perawi bernama Abdulllah bin Mua’wiyah yang dihukumkan sebagai munkar al-hadith.
Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Ghaliz daripada Abu Hurairah berkata: Burung pipit adalah burung yang pertama berpuasa.
Abu Nu’aim meriwayatkan di dalam al-Hilyah daripada Qais bin Ubad berkata: Haiwan liar berpuasa pada hari ‘Asyura’.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Tags: Muharram,

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs