Terdapat perawi munkar pada sanadnya

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya burung pipit adalah burung yang pertama berpuasa pada hari Asyura

Teks Bahasa Arab

حديث: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن الصرد أول طير صام عاشوراء.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya burung pipit adalah burung yang pertama berpuasa pada hari Asyura.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Terdapat perawi munkar pada sanadnya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 97-98, hadis no. 35. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن أبي غليظ مرفوعا ولا يعرف في الصحابة من له هذا الاسم وفي إسناده: عبد الله بن معاوية منكر الحديث. ورواه الحكيم الترمذي عن أبي غليظ عن أبي هريرة قال: الصرد أول طير صام. وروى أبو نعيم في الحلية عن قيس بن عباد قال: كانت الوحوش تصوم يوم عاشوراء.

Al-Khatib meriwayatkan daripada Abu Ghaliz secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) sedangkan tidak diketahui dikalangan sahabat yang mempunyai nama ini. Pada sanadnya terdapat perawi bernama Abdulllah bin Mua’wiyah yang dihukumkan sebagai munkar al-hadith. Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Ghaliz daripada Abu Hurairah berkata: Burung pipit adalah burung yang pertama berpuasa. Abu Nu’aim meriwayatkan di dalam al-Hilyah daripada Qais bin Ubad berkata: Haiwan liar berpuasa pada hari ‘Asyura’.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.