Sesungguhnya burung apabila berada pada waktu pagi, maka mereka bertasbih kepada Tuhan mereka dan mereka meminta kepada-Nya makanan harian mereka

TEKS BAHASA ARAB

إن الطير إذا أصبحت سبحت ربها، وسألته قوت يومها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya burung apabila berada pada waktu pagi, maka mereka bertasbih kepada Tuhan mereka dan mereka meminta daripada-Nya makanan harian mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1453, hadis nombor 7389. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي حمزة ثابت بن أبي صفية، قال: كنا مع علي بن الحسين جلوسا في مسجد رسول الله صلى الله عليه وسلم، ثم مر بنا عصافير يصحن، فقال علي بن الحسين: أتدرون ما تقول هذه العصافير؟! قلنا: لا، قال: أما إني ما أقول: إني أعلم الغيب، ولكن سمعت أبي يقول: سمعت أمير المؤمنين علي بن أبي طالب يقول: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((إن الطير إذا أصبحت سبحت ربها، وسألته قوت يومها)). وإن هذه تسبح ربها، وتسأله قوت يومها. [خط، ((الضعيفة)) (3025)]

(Palsu)
Daripada Abū Ḥamzah Thābit bin Abī Ṣafiyyah, beliau berkata: Kami pernah duduk bersama ‘Alī bin al-Ḥusain di masjid Rasulullah SAW, kemudian beberapa ekor burung pipit melintasi kami sambil berbunyi. ‘Alī bin al-Ḥusain pun bertanya: “Adakah kalian tahu apa yang sedang disebutkan oleh burung-burung pipit ini?!”. Kami menjawab: “Tidak”. ‘Alī berkata: “Adapun, sesungguhnya aku bukannya mengatakan bahawa aku tahu benda ghaib, namun aku pernah mendengar ayahku berkata: “Aku pernah mendengar Amir al-Mukminin ‘Alī bin Abī Ṭālib berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya burung apabila berada pada waktu pagi, maka mereka bertasbih kepada Tuhan mereka dan mereka meminta kepada-Nya makanan harian mereka”. Dan burung ini sedang bertasbih kepada Tuhannya, dia sedang meminta makanan harian daripada-Nya.
[Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3025]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs