Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya bumi ini menjadi najis

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: إِن الارض لتنجس من بَوْل الأقلف أَرْبَعِينَ يَوْمًا.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sesungguhnya bumi benar-benar menjadi najis selama 40 hari akibat air kencing orang yang belum berkhatan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 52, hadis no. 91. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال علي قاري: [فيه داود] الوضاع.

Ali Qari berkata: Pada sanad ini ada Daud, seorang pemalsu hadis.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.