Sesungguhnya bumi ini berada di atas batu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن الأرض على صخرة، والصخرة على قرن ثور، فإذا حرك الثور قرنه تحركت الصخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya bumi ini berada di atas batu. Batu tersebut berada di atas tanduk kerbau. Jika kerbau menggoyangkan tanduknya, maka bergetarlah batu yang bertenggek di atasnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 52, hadis nombor 90. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع، لكن أخرج نحوه ابن أبي الدنيا وأبو الشيخ، من قول ابن عباس.

Palsu. Namun, Ibn Abi al-Dunya dan Abu al-Shaikh telah mengeluarkan lafaz seumpamanya melalui kata-kata Ibn ‘Abbas.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs