Sesungguhnya bumi akan memohon keampunan buat seseorang yang menunaikan solat dengan memakai seluar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الأرض لتستغفر للمصلي بالسراويل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bumi akan memohon keampunan buat seseorang yang menunaikan solat dengan memakai seluar.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 249, hadis nombor 1295. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن مالك بن عتاهية – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إن الأرض لتستغفر للمصلي بالسراويل)). [ابو الشيخ في ((الطبقات))، حل، فر، ((الضعيفة)) (1824)]

(Munkar)
Daripada Malik bin ‘Itahiyah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya bumi akan memohon keampunan buat seseorang yang menunaikan solat dengan memakai seluar.
[Riwayat Abu al-Syeikh dalam al-Tabaqat, Abu Nu'aym dalam al-Hilyah dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 1824]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.