Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya bumi akan memohon keampunan buat seseorang yang menunaikan solat dengan memakai seluar

Teks Bahasa Arab

إنَّ الأرضَ لَتَستغفِرُ للمُصلِّي بِالسَّراويلِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya bumi akan memohon keampunan buat seseorang yang menunaikan solat dengan memakai seluar.

Sahabat Perawi

  1. Malik bin ‘Itahiyah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 249, hadis no. 1295. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن مالك بن عتاهية -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن الأرض لتستغفر للمصلي بالسراويل» . [ابو الشيخ في في «الطبقات»، حل، فر، «الضعيفة» (1824)].

(Munkar) Daripada Malik bin ‘Itahiyah ―raḍiyallāhu ‘anhu― beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya bumi akan memohon keampunan buat seseorang yang menunaikan solat dengan memakai seluar. [Riwayat Abu al-Syeikh dalam al-Thabaqat, al-Hilyah oleh Abi Nu'aim, Musnad al-Firdaus oleh al-Dailami, al-Dha‘īfah; no. 1824].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.