Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الأرضَ لَتستغفرُ للمصلِّي بالسراويلِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya bumi akan beristighfar kepada orang yang solat memakai seluar.
Sahabat Perawi
- Malik bin ‘Itahiyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1613, hadis no. 8132. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن مالك بن عتاهية - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-،: ((إن الأرض لتستغفر للمصلي بالسراويل)). [أبو الشيخ في ((الطبقات))، حل، فر، ((الضعيفة)) (1824)].
(Munkar) Daripada Malik bin ‘Itahiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya bumi akan beristighfar kepada orang yang solat memakai seluar.)) [Riwayat Abu al-Shaykh di dalam al-Tabaqat, Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah, dan al-Dailami di dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1824].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman