Sesungguhnya (boleh jadi) seorang lelaki itu berdiri melaksanakan solat lalu dia berdoa dengan satu doa

TEKS BAHASA ARAB

إن الرجل ليقوم في الصلاة، فيدعو الدعوة فيغفر له ولمن وراءه من الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya (boleh jadi) seorang lelaki itu berdiri melaksanakan solat lalu dia berdoa dengan satu doa, maka diampunkan baginya dan bagi orang ramai yang berada di belakangnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 370, hadis nombor 1969. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «إن الرجل ليقوم في الصلاة، فيدعو الدعوة، فيغفر له ولمن وراءه من الناس». [طب، «الضعيفة» (7072)].

(Lemah) Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Sesungguhnya (boleh jadi) seorang lelaki itu berdiri melaksanakan solat lalu dia berdoa dengan satu doa, maka diampunkan baginya dan bagi orang ramai yang berada di belakangnya". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dai’fah, no. 7072].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.