Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الرجلَ لَيَقومُ في الصلاةِ، فيَدْعُو الدعوةَ فيُغْفَرُ له ولِمَن وراءَه من الناسِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya (boleh jadi) seorang lelaki itu berdiri melaksanakan solat lalu dia berdoa dengan satu doa, maka diampunkan baginya dan bagi orang ramai yang berada di belakangnya.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 370, hadis no. 1969. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أمامة - رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «إن الرجل ليقوم في الصلاة، فيدعو الدعوة، فيغفر له ولمن وراءه من الناس». [طب، «الضعيفة» (7072)].
(Daif) Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Sesungguhnya (boleh jadi) seorang lelaki itu berdiri melaksanakan solat lalu dia berdoa dengan satu doa, maka diampunkan baginya dan bagi orang ramai yang berada di belakangnya". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dai’fah, no. 7072].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman