Sesungguhnya bilangan khalifah selepas Nabi Muhamad SAW sama

TEKS BAHASA ARAB

إن عدة الخلفاء بعدي عدد نقباء موسى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bilangan khalifah selepas aku sama dengan bilangan nuqaba’ Musa AS.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1827, hadis nombor 9209. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن مسروق، قال: قال رجل لعبدالله بن مسعود: هل حدثكم نبيكم بعدد الخلفاء من بعده؟ قال: نعم، فما سألني أحد عنها قبله (!)، قال: ((إنّ عدّة الخلفاء بَعدي عددُ نقباء موسى)). [عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3182)]

(Lemah) Daripada Masruq berkata: Seorang pemuda berkata kepada Abdullah bin Mas‘ūd: “Adakah nabi kamu memberitahu kamu tentang bilangan khalifah selepas (kewafatan) Baginda?,” Ibnu Mas‘ūd menjawab: “Ya. Dan tidak ada yang bertanya kepadaku tentangnya sebelumnya.” Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya bilangan khalifah selepas aku sama dengan bilangan nuqaba’ Musa AS.” [Riwayat Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, dan Ibnu ‘Asākir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3182]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs