Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya bila mana Allah SWT menurunkan penyakit daripada langit kepada penduduk di bumi

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللهَ تعالى إذا أَنْزَلَ عاهةً من السماءِ على أهلِ الأرضِ، صُرِفَتْ عن عُمَّارِ المَسَاجِدِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya bila mana Allah SWT menurunkan penyakit daripada langit kepada penduduk di bumi, ia tidak akan terkena kepada orang yang sentiasa mengimarahkan masjid.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1767-1768, hadis no. 8896. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس -رضي الله عنه- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((إن الله تعالى إذا أنزل عاهة من السماء على أهل الأرض، صرفت عن عمار المساجد.)) [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7080)].

(Munkar) Daripada Anas RA beliau berkata: Rasululllah SAW bersabda: ((Sesungguhnya bila mana Allah SWT menurunkan penyakit daripada langit kepada penduduk di bumi, ia tidak akan terkena kepada orang yang sentiasa mengimarahkan masjid.)) [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 7080].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.