Sesungguhnya berzikir di jalan Allah Ta'ala itu dilipat gandakan (ganjarannya)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الذكر في سبيل الله تعالى يضعف فوق النفقة بسبع مئة ضعف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya berzikir di jalan Allah Ta’ala itu dilipat gandakan (ganjarannya) melebihi (ganjaran) nafkah sebanyak 700 kali ganda.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 989, hadis nombor 5092. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سهل بن معاذ بن أنس عن أبيه رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن الذكر في سبيل الله تعالى ‌يضعف ‌فوق النفقة بسبع مئة ضعف)). [حم، طب، ((الضعيفة)) (2598)]

(Lemah) Daripada Sahl bin Muadz bin Anas daripada bapanya daripada Rasulullah SAW: Sesungguhnya berzikir di jalan Allah Ta’ala itu dilipat gandakan (ganjarannya) melebihi (ganjaran) nafkah sebanyak 700 kali ganda. [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-kabir. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2598]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.