Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya berzikir di jalan Allah taala berlipat kali ganda di atas nafkah sebanyak 700 kali ganda

Teks Bahasa Arab

إنَّ الذِّكرَ في سبيلِ اللهِ تعالَى يُضعَّفُ فوقَ النَّفقةِ بَسبعِ مئةِ ضِعفٍ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya berzikir di jalan Allah taala berlipat kali ganda di atas nafkah sebanyak 700 kali ganda.

Sahabat Perawi

  1. Muadz bin Anas

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 989, hadis no. 5092. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

5092-72- (ضعيف) عن سهل بن معاذ بن أنس عن أبيه رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الذكر في سبيل الله تعالى ‌يضعف ‌فوق النفقة بسبع مئة ضعف. [حم، طب، ((الضعيفة)) (2598)]

(Lemah) Daripada Sahl bin Muadz bin Anas daripada bapanya daripada Rasulullah SAW: Sesungguhnya berzikir di jalan Allah taala berlipat kali ganda di atas nafkah sebanyak 700 kali ganda. [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-kabir. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2598]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.