Sesungguhnya bersangka baik dengan Allah Azzawajalla itu termasuk ibadah yang elok kepada Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن حسن الظن بالله – عز وجل – من حسن عبادة الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bersangka baik dengan Allah Azzawajalla itu termasuk ibadah yang elok kepada Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 468, hadis nombor 2510. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: «إن حسن الظن بالله – عز وجل – من حسن عبادة الله». [حم، عبد بن حميد، ت، حب، ك، ابن أبي الدنيا في «حسن الظن بالله»، عد، الخطيب في «الموضح»، «الضعيفة» (3150)].

(Lemah) Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesungguhnya bersangka baik dengan Allah Azzawajalla itu termasuk ibadah yang elok kepada Allah". [Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya, ‘Abd bin Ḥumayd dalam al-Muntakhab, al-Tirmidhī dalam Sunannya, Ibn Ḥibbān dalam al-Ṣaḥiḥ, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Ibn Abī al-Dunyā dalam Ḥusn al-Ẓan Billah, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil dan al-Khaṭīb dalam al-Muwaḍḍiḥ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3150].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.