Sesungguhnya berjayalah orang yang mengikhlaskan hatinya

TEKS BAHASA ARAB

قد أفلح من أخلص قلبه للإيمان، وجعل قلبه سليما، ولسانه صادقا، ونفسه مطمئنة، وخليقته مستقيمة؛ وجعل أذنه مستمعة، وعينه ناظرة. فأما الأذن فقمع، والعين فمقرة لما يوعي القلب، وقد أفلح من جعل قلبه واعيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya berjayalah orang yang mengikhlaskan hatinya dalam beriman, dan menjadikan hatinya selamat (dari perkara-perkara yang buruk), dan lisannya benar, dan jiwanya sentiasa tenang, elok peribadinya, dan telinganya sentiasa mendengar dengan teliti, serta matanya melihat (dengan pandangan mengambil iktibar). Adapun telinga, maka ia mendengar dan menakung (pengajaran) dan mata menjadi tenang dengan apa yang dihayati oleh hati, Sesungguhnya berjayalah mereka yang menjadikan hatinya sentiasa peka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 487, hadis nombor 2616. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي ذر -رضي الله عنه- أن رسول الله ﷺ قال: ((قد أفلح من أخلص قلبه للإيمان، وجعل قلبه سليما، ولسانه صادقا، ونفسه مطمئنة، وخليقته مستقيمة؛ وجعل أذنه مستمعة، وعينه ناظرة. فأما الأذن فقمع، والعين فمقرة لما يوعي القلب، وقد أفلح من جعل قلبه واعيا)). [حم، هب، الحراني في ((الفوائد))، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (4985)]

(Lemah)
Daripada Abu Zar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya berjayalah orang yang mengikhlaskan hatinya dalam beriman, dan menjadikan hatinya selamat (dari perkara-perkara yang buruk), dan lisannya benar, dan jiwanya sentiasa tenang, elok peribadinya, dan telinganya sentiasa mendengar dengan teliti, serta matanya melihat (dengan pandangan mengambil iktibar). Adapun telinga, maka ia mendengar dan menakung (pengajaran) dan mata menjadi tenang dengan apa yang dihayati oleh hati, Sesungguhnya berjayalah mereka yang menjadikan hatinya sentiasa peka.
[Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, al-Harrani dalam al-Fawaid, al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4985]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs