Sesungguhnya bercanggah dengan wanita itu adalah satu keberkatan

TEKS BAHASA ARAB

لا يفعلن أحدكم أمرا حتى يستشير فإن لم يجد من يستشيره فليستشر امرأة ثم ليخالفها فإن في خلافها البركة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalian tidak boleh untuk melakukan satu perkara melainkan dia meminta pandangan terlebih dahulu. Jika dia tidak menjumpai sesiapa yang boleh untuk diminta pandangan maka mintalah pandangan dari wanita kemudian bercanggahlah dengan pandangan tersebut. Sesungguhnya bercanggah dengan wanita itu adalah satu keberkatan.

STATUS

Sanadnya terlalu lemah dan terputus

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 128. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رُوِيَ عَن أنس رَفعه «لَا يَفْعَلَنَّ أَحَدُكُمْ أَمْرًا حَتَّى يَسْتَشِيرَ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ مَنْ يَسْتَشِيرُهُ فَلْيَسْتَشِرِ امْرَأَةً ثُمَّ لِيُخَالِفْهَا فَإِن فِي خلَافهَا الْبركَة» وَفِي سَنَده عِيسَى ضَعِيف جدا مَعَ أَنه مُنْقَطع.

Diriwayatkan daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW):
“Janganlah salah seorang dalam kalangan kalian melakukan satu perkara sehinggalah dia meminta pandangan terlebih dahulu. Jika dia tidak menjumpai sesiapa yang boleh untuk diminta pandangan maka hendaklah dia minta pandangan daripada seorang wanita kemudian hendaklah dia bercanggah dengannya (wanita tersebut) kerana sesungguhnya terdapat keberkatan pada percanggahan dengannya (wanita).”
Dalam sanadnya terdapat perawi bernama ‘Isa. Beliau adalah seorang perawi yang terlalu lemah di samping sanad hadith tersebut adalah munqati’ (terputus).

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs