Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya bercanggah dengan wanita itu adalah satu keberkatan

Teks Bahasa Arab

لَا يَفْعَلَنَّ أَحَدُكُمْ أَمْرًا حَتَّى يَسْتَشِيرَ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ مَنْ يَسْتَشِيرُهُ فَلْيَسْتَشِرِ امْرَأَةً ثُمَّ لِيُخَالِفْهَا فَإِن فِي خلَافهَا الْبركَة

Teks Bahasa Melayu

Kalian tidak boleh untuk melakukan satu perkara melainkan dia meminta pandangan terlebih dahulu. Jika dia tidak menjumpai sesiapa yang boleh untuk diminta pandangan maka mintalah pandangan dari wanita kemudian bercanggahlah dengan pandangan tersebut. Sesungguhnya bercanggah dengan wanita itu adalah satu keberkatan.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. al-Fattanī (m. 986H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 128. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَفِي سَنَده عِيسَى ضَعِيف جدا مَعَ أَنه مُنْقَطع، فِي الذيل «لَا يفعلن أحدكُم» إِلَخ. فِيهِ مُنكر الحَدِيث

Dalam sanadnya terdapat perawi bernama ‘Isa. Beliau adalah seorang perawi yang terlalu lemah di samping sanad hadith tersebut adalah munqati’ (terputus). Dalam kitab al-Zayl (kitab koleksi hadis palsu oleh al-Suyuti): “Jangan salah seorang dari kalian melakukan…” Dalam hadith ini terdapat perawi yang munkar.

Rujukan

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.