Sesungguhnya berbuka (batal puasa) adalah kerana sesuatu yang masuk

TEKS BAHASA ARAB

دخل علي رسول الله ﷺ، فقال: يا عائشة هل من كسرة؟ فأتيته بقرص، فوضعه في فيه وقال: يا عائشة هل دخل بطني منه شيء؟ كذلك قبلة الصائم، إنما الإفطار مما دخل، وليس مما خرج.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menuju ke ‘Aisyah, lalu berkata: "Wahai ‘Aisyah, adakah sedikit potongan daripada roti, maka bawakan kepada aku sepiring dan letakkan di dalamnya" dan berkata: "Wahai ‘Aisyah! Adakah telah masuk sesuatu ke dalam perut aku? Demikian juga ciuman orang yang berpuasa, sesungguhnya berbuka (batal puasa) adalah kerana sesuatu yang masuk, dan bukannya kerana sesuatu yang keluar."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1129, hadis nombor 5695. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عائشة تقول: «دخل علي رسول ﷺ، فقال: يا عائشة هل من كسرة؟ فأتيته بقرص، فوضعه في فيه وقال: يا عائشة هل دخل بطني منه شيء؟ كذلك قبلة الصائم، إنما الإفطار مما دخل، وليس مما خرج». [ع، ((الضعيفة)) (961)]

(Lemah) Daripada ‘Aisyah RA telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menuju ke ‘Aisyah, lalu berkata: "Wahai ‘Aisyah, adakah sedikit potongan daripada roti, maka bawakan kepada aku sepiring dan letakkan di dalamnya" dan berkata: "Wahai ‘Aisyah! Adakah telah masuk sesuatu ke dalam perut aku? Demikian juga ciuman orang yang berpuasa, Sesungguhnya berbuka (batal puasa) adalah kerana sesuatu yang masuk, dan bukannya kerana sesuatu yang keluar."
[Diriwayatkan dalam Musnad Abi Ya’la. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 961].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs