Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
دَخَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللهِ ﷺ، فَقَالَ: يَا عَائِشَةُ هَلْ مِنْ كِسْرَةٍ؟ فَأَتَيْتُهُ بِقُرَصٍ، فَوَضَعَهُ فِي فِيهِ وَقَالَ: يَا عَائِشَةُ هَلْ دَخَلَ بَطْنِي مِنْهُ شَيْءٌ؟ كَذَلِكَ قُبْلَةُ الصَّائِمِ، إِنَّمَا الْإِفْطَارُ مِمَّا دَخَلَ، وَلَيْسَ مِمَّا خَرَجَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menuju ke ‘Aisyah, lalu berkata: "Wahai ‘Aisyah, adakah sedikit potongan daripada roti, maka bawakan kepada aku sepiring dan letakkan di dalamnya" dan berkata: "Wahai ‘Aisyah! Adakah telah masuk sesuatu ke dalam perut aku? Demikian juga ciuman orang yang berpuasa, sesungguhnya berbuka (batal puasa) adalah kerana sesuatu yang masuk, dan bukannya kerana sesuatu yang keluar."
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1129, hadis no. 5695. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عائشة تقول: «دخل علي رسول ﷺ، فقال: يا عائشة هل من كسرة؟ فأتيته بقرص، فوضعه في فيه وقال: يا عائشة هل دخل بطني منه شيء؟ كذلك قبلة الصائم، إنما الإفطار مما دخل، وليس مما خرج». [ع، الضعيفة (961)]
(Lemah) Daripada ‘Aisyah RA telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menuju ke ‘Aisyah, lalu berkata: "Wahai ‘Aisyah, adakah sedikit potongan daripada roti, maka bawakan kepada aku sepiring dan letakkan di dalamnya" dan berkata: "Wahai ‘Aisyah! Adakah telah masuk sesuatu ke dalam perut aku? Demikian juga ciuman orang yang berpuasa, Sesungguhnya berbuka (batal puasa) adalah kerana sesuatu yang masuk, dan bukannya kerana sesuatu yang keluar." [Diriwayatkan dalam Musnad Abi Ya’la. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 961].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman