Sesungguhnya berbuat baik dan menghubungkan ikatan kekeluargaan itu dapat memanjangkan umur

TEKS BAHASA ARAB

إن البر والصلة ليطيلان الأعمار، ويعمران الديار، ويثريان الأموال، ولو كان القوم فجارا، وإن البر والصلة ليخففان سوء الحساب يوم القيامة، ثم تلا (والذين يصلون ما أمر الله به أن يوصل ويخشون ربهم ويخافون سوء الحساب).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya berbuat baik dan menghubungkan ikatan kekeluargaan itu dapat memanjangkan umur, memakmurkan rumah, serta mencambahkan harta benda, sekalipun suatu kaum itu merupakan golongan yang jahat. Sesungguhnya berbuat baik dan menghubungkan silaturahim dapat meringankan hisab yang buruk pada Hari Kiamat. Kemudian Baginda SAW telah membaca: Dan orang-orang yang menghubungkan apa yang Allah SWT perintahkan untuk dihubungkan, dan mereka takut kepada Tuhan mereka serta takut kepada hisab yang buruk. [al-Ra‘d: 21].

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 45, hadis nombor 182. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عباس – رضي الله عنهما – عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: ((إن البر والصلة ليطيلان الأعمار، ويعمران الديار، ويثريان الأموال، ولو كان القوم فجارا، وإن البر والصلة ليخففان سوء الحساب يوم القيامة، ثم تلا (والذين يصلون ما أمر الله به أن يوصل ويخشون ربهم ويخافون سوء الحساب)).
[خط، ((الضعيفة)) (2984)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah ibn ‘Abbās RA, daripada Nabi SAW telah bersabda: Sesungguhnya berbuat baik dan menghubungkan ikatan kekeluargaan itu dapat memanjangkan umur, memakmurkan rumah, serta mencambahkan harta benda, sekalipun suatu kaum itu merupakan golongan yang jahat. Sesungguhnya berbuat baik dan menghubungkan silaturahim dapat meringankan hisab yang buruk pada Hari Kiamat. Kemudian Baginda SAW telah membaca: {Dan orang-orang yang menghubungkan apa yang Allah SWT perintahkan untuk dihubungkan, dan mereka takut kepada Tuhan mereka serta takut kepada hisab yang buruk}. [al-Ra‘d: 21] [Riwayat al-Khaṭīb dalam Tārikh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah,no. 2984]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs