Sesungguhnya berbohong itu akan dicatat sebagai kebohongan

TEKS BAHASA ARAB

إن الكذب يكتب كذبا؛ حتى تكتب الكذيبة كذيبة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya berbohong itu akan dicatat sebagai kebohongan, sehingga pembohongan yang kecil pun tetap akan dicatat sebagai kebohongan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 33, hadis nombor 123. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أسماء بنت عميس – رضي الله عنها – قالت: كنت صاحبة عائشة التي هيأتها وأدخلتها على رسول الله صلى الله عليه وسلم ومعي نسوة قالت: فوالله ما وجدنا عنده قرى إلا قدحا من لبن، قالت فشرب منه، ثم ناوله عائشة، فاستحيت الجارية، فقلنا: لا تردي يد رسول الله صلى الله عليه وسلم، خذي منه، فأخذته على حياء، فشربت منه، ثم قال: ناولي صواحبك، فقلنا: لا نشتهيه، فقال: لا تجمعن جوعا وكذبا، قالت: فقلت: يا رسول الله! إن قالت إحدانا لشيء تشتهيه: لا أشتهيه يعد ذلك كذبا؟ قال: ((إن الكذب يكتب كذبا؛ حتى تكتب الكذيبة كذيبة)).
[حم، ابن أبي الدنيا في ((الصمت)) هب، ((الضعيفة)) (2395)]

(Lemah) Daripada Asma’ binti ‘Umais RA telah berkata: Aku merupakan peneman kepada A’ishah RA yang aku persiapkan serta memasukkannya kepada Rasulullah SAW dan beberapa orang wanita ada bersamaku. Beliau telah berkata: “Demi Allah, kami tidak mendapati di sisi Baginda SAW (di dalam rumahnya) sesuatu pun yang dapat dihidangkan kepada tetamu melainkan satu bekas yang berisi susu sahaja.” Beliau telah berkata: “Dan Baginda SAW minum daripadanya. Kemudian diberikannya kepada A’ishah RA, lalu beliau berasa malu. Maka kami telah berkata: ‘’Jangan menolak tangan (pemberian) Rasulullah SAW, ambillah ia darinya.’’ Maka beliau pun mengambilnya dengan perasaan malu, lalu beliau telah minum darinya. Kemudian Baginda SAW telah bersabda: “Berikanlah ia kepada para sahabat kamu.’’ Maka kami pun telah berkata: ‘’Kami tidak mahukannya.’’ Lalu Baginda SAW telah bersabda: ‘’Tidak akan berhimpun rasa lapar dengan pembohongan.’’ Maka beliau (Asma’) telah berkata: Aku telah bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah sekiranya salah seorang kami berkata: ‘’Aku tidak mahu’’ kepada sesuatu yang dia mahukannya, maka dianggap sebagai kebohongan?’’. Baginda SAW menjawab: “Sesungguhnya berbohong itu akan dicatat sebagai kebohongan, sehingga pembohongan yang kecil pun tetap akan dicatat sebagai kebohongan’’.
[Riwayat Aḥmad dalam al-Musnad, Ibn Abū al-Dunyā dalam al-Ṣamt, al-Baihaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2395]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.