Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ الْحِجَامَةَ فِي الرَّأْسِ دَوَاءٌ مِنْ دَاءِ، الْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَالْعَشَار وَالْبَرَصِ وَالصُّدَاعِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya berbekam pada bahagian kepala merupakan ubat kepada setiap penyakit (seperti) penyakit gila, kusta, penyakit lemah penglihatan pada waktu malam, penyakit sopak dan sakit kepala (migrain).
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1186, hadis no. 6017. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أم سلمة - رضي الله عنها-، قالت: قال - صلى الله عليه وسلم -: ((إن الحجامة في الرأس دواء من داء، الجنون والجذام والعشار والبرص والصداع)). [طب، ((الضعيفة)) (7071)]
(Lemah) Daripada Ummu Salamah RA, telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya berbekam pada bahagian kepala merupakan ubat kepada setiap penyakit (seperti) penyakit gila, kusta, penyakit lemah penglihatan pada waktu malam, penyakit sopak dan sakit kepala (migrain). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7071]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman