Sesungguhnya berbekam pada bahagian kepala itu penawar

TEKS BAHASA ARAB

إن الحجامة في الرأس دواء من كل داء، الجنون والجذام والعشا والبرص والصداع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya berbekam pada bahagian kepala itu penawar kepada segala penyakit seperti gila, kusta, penyakit lemah penglihatan pada waktu malam, penyakit sopak dan sakit kepala.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1186, hadis nombor 6017. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم سلمة – رضي الله عنها-، قالت: قال – صلى الله عليه وسلم -: ((إن الحجامة في الرأس دواء من كل داء، الجنون والجذام والعشا والبرص والصداع)). [طب، ((الضعيفة)) (7071)]

(Lemah)
Daripada Ummu Salamah RA, telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya berbekam pada bahagian kepala itu penawar kepada segala penyakit seperti gila, kusta, penyakit lemah penglihatan pada waktu malam, penyakit sopak dan sakit kepala.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 7071]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs