Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ الحِجَامَةَ أَفْضَلُ مَا تَدَاوى بِهِ النَّاسُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya berbekam itu adalah sebaik-baik perubatan yang boleh dilakukan oleh manusia.
Sahabat Perawi
- Abu al-Hakam al-Bajali
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1175, hadis no. 5946. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي الحكم البجلي - وهو عبد الرحمن بن أبي نعم -، قال: دخلت على أبي هريرة - رضي الله عنه - وهو يحتجم، فقال لي: يا أبا الحكم! احتجم، فقلت: ما احتجمت قط، قال: أخبرني أبو القاسم - صلى الله عليه وسلم -: أن جبريل عليه السلام أخبره: ((إن الحجامة أفضل ما تداوى به الناس)). [ك، ((الضعيفة)) (3900)]
(Lemah) Daripada Abu al-Hakam al-Bajali dan dia ialah ‘Abdul Rahman bin Abu Nu’am telah berkata: Aku telah masuk bertemu Abu Hurairah RA yang sedang berbekam, lalu beliau berkata kepada aku: “Wahai Abu al-Hakam! Ayuhlah berbekam!”. Lalu aku pun berkata: “Aku tidak pernah berbekam”, lalu Abu Hurairah berkata: “Sesungguhnya bapa kepada al-Qasim (iaitu Nabi Muhammad SAW) telah mengkhabarkan kepada aku bahawa Jibril AS pernah mengkhabarkan kepada Baginda: ((Sesungguhnya berbekam itu adalah sebaik-baik perubatan yang boleh dilakukan oleh manusia)). [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3900]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman