Sesungguhnya berbekam itu adalah perubatan yang terbaik

TEKS BAHASA ARAB

إن الحجامة أفضل ما تداوى به الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya berbekam itu adalah perubatan yang terbaik dan lebih baik kepada semua manusia untuk dilakukan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1175, hadis nombor 5946. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الحكم البجلي – وهو عبد الرحمن بن أبي نعم -، قال: دخلت على أبي هريرة – رضي الله عنه – وهو يحتجم، فقال لي: يا أبا الحكم! احتجم، فقلت: ما احتجمت قط، قال: أخبرني أبو القاسم – صلى الله عليه وسلم -: أن جبريل عليه السلام أخبره: ((إن الحجامة أفضل ما تداوى به الناس)). [ك، ((الضعيفة)) (3900)]

(Lemah)
Daripada Abu al-Hakam al-Bajali dan dia ialah ‘Abdul Rahman bin Abu Nu’aym telah berkata: Aku telah masuk bertemu Abu Hurairah RA dan dia sedang melakukan bekam, lalu beliau berkata kepada aku: “Wahai Abu al-Hakam! Ayuhlah berbekam!”. Lalu aku pun berkata: “Aku tidak pernah berbekam”, lalu Abu Hurairah berkata: “Sesungguhnya bapa kepada al-Qasim (iaitu Nabi Muhammad SAW) telah mengkhabarkan kepada aku bahawa sesungguhnya Jibril AS pernah memberitahu Baginda SAW bahawa: "Sesungguhnya berbekam itu adalah perubatan yang terbaik dan lebih baik kepada semua manusia untuk dilakukan”.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 3900]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs