Sesungguhnya benda yang pertama yang Allah ciptakan adalah pena, kemudian selepasnya Allah menciptakan Nun, dan ia adalah dakwat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن أول شيءٍ خَلَقَ اللهُ القلمُ، ثم خَلَقَ بعده النُّونَ، وهي الدَّواةُ، ثم قال سبحانه وتعالى: اكْتُب. فقال: وما أكْتُبُ؟ قال جل وعلا: اكتب ما يكونُ من عملٍ، أو أَثَرٍ، أو رِزْقٍ، أو أجل. فكتبَ ما يكونُ، وما هو كائنٌ إلى يومِ القيامةِ، فذلك قوله عَزَّ وَجَلَّ: {ن. والقلم وما يسطرون} ثم خَتَمَ على القَلَم، فلمْ يَنْطِقْ، ولا ينطقُ إلى يومِ القيامةِ، ثم خلق العقل فقال: وعزَّتي! لأُكَمِلَّنَّك فيمن أَحْبَبْتُ ولأُنْقِصَنَّك فيمن أَبْغَضْتُ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya benda yang pertama yang Allah ciptakan adalah pena, kemudian selepasnya Allah menciptakan Nun, dan ia adalah dakwat. Kemudian Allah SWT berkata: Tulislah. Dia berkata: Apa yang patut aku tulis? Allah berkata: Tulislah apa yang jadi daripada amalan dan kesan, rezeki, dan ajal. Maka ia menulis apa yang jadi dan akan terjadi sehingga hari kiamat. Dan ini berdasarkan firman Allah SWT: ‘Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis.’ (al-Qalam: 1). Kemudian Allah menutupi pena dan ia tidak mampu untuk bercakap lagi. Lalu ia tidak bercakap sehingga ke hari kiamat. Kemudian Allah menciptakan akal dan berkata: Dan demi kemuliaan-Ku! Akan aku melengkapkan kamu bagi siapa yang aku cintai dan akan aku mengurangkanmu bagi siapa yang aku benci.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1550, hadis nombor 7860. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة -رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن أول شيءٍ خَلَقَ اللهُ القلمُ، ثم خَلَقَ بعده النُّونَ، وهي الدَّواةُ، ثم قال سبحانه وتعالى: اكْتُب. فقال: وما أكْتُبُ؟ قال جل وعلا: اكتب ما يكونُ من عملٍ، أو أَثَرٍ، أو رِزْقٍ، أو أجل. فكتبَ ما يكونُ، وما هو كائنٌ إلى يومِ القيامةِ، فذلك قوله عَزَّ وَجَلَّ: {ن. والقلم وما يسطرون} ثم خَتَمَ على القَلَم، فلمْ يَنْطِقْ، ولا ينطقُ إلى يومِ القيامةِ، ثم خلق العقل فقال: وعزَّتي! لأُكَمِلَّنَّك فيمن أَحْبَبْتُ ولأُنْقِصَنَّك فيمن أَبْغَضْتُ)) [الآجري في ((الشريعة))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6309)]

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya benda yang pertama yang Allah ciptakan adalah pena, kemudian selepasnya Allah menciptakan Nun, dan ia adalah dakwat. Kemudian Allah SWT berkata: Tulislah. Dia berkata: Apa yang patut aku tulis? Allah berkata: Tulislah apa yang jadi daripada amalan dan kesan, rezeki, dan ajal. Maka ia menulis apa yang jadi dan akan terjadi sehingga hari kiamat. Dan ini berdasarkan firman Allah SWT: ‘Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis.’ (al-Qalam: 1). Kemudian Allah menutupi pena dan ia tidak mampu untuk bercakap lagi. Lalu ia tidak bercakap sehingga ke hari kiamat. Kemudian Allah menciptakan akal dan berkata: Dan demi kemuliaan-Ku! Akan aku melengkapkan kamu bagi siapa yang aku cintai dan akan aku mengurangkanmu bagi siapa yang aku benci.”
[Riwayat al-Ajurri dalam al-Syari’ah dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6309]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.