Sesungguhnya belalang itu merupakan lekukan hidung(philtrum) ikan paus di laut

TEKS BAHASA ARAB

الجراد نثرة حوت في البحر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya belalang itu merupakan lekukan hidung(philtrum) ikan paus di laut.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1656, hadis nombor 8356. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر وأنس -رضي الله عنهما-زوه: أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دعا على الجراد قال: ((اللهم أهلك كباره واقتل صغاره، وأفسد بيضه واقطع دابره، وخذ بأفواهها عن معايشنا وأرزاقنا إنك سميع الدعاء))، فقال رجل: "يا رسول الله كيف تدعوعلى جند من أجناد الله بقطع دابره؟" فقال: ((الجراد نثرة حوت في البحر)). [هـ، ((الضعيفة)) (112)].

(Palsu)
Daripada Jabir dan Anas RA berkata: Sesungguhnya Nabi SAW apabila berdoa ke atas belalang: ((Ya Allah! Musnahkanlah (belalang) yang besar, bunuhlah yang kecilnya, rosakkanlah telurnya, putuskanlah punca-puncanya, ambillah mulut mereka daripada kehidupan kami dan rezeki kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa)). Maka berkata seorang lelaki: "Wahai Rasulullah! Bagaimana kamu berdoa ke atas tentera daripada tentera Allah agar diputuskan punca-puncanya?" Baginda menjawab: ((Sesungguhnya belalang itu merupakan lekukan hidung(philtrum) ikan paus di laut)).
[Riwayat Ibnu Majah dalam sunannya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 112].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs