Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الصَّفَا الزَّلَّالَ الذي لا تَثْبُتُ عليه أقدامُ العلماءِ: الطمعُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya batu licin yang menyebabkan kaki-kaki para ulama menjadi tidak tetap adalah perasaan tamak
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 50, hadis no. 203. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((إن الصفا الزلال الذي لا تثبت عليه أقدام العلماء: الطمع)). [فر، ((الضعيفة)) (3023)].
(Daif) Daripada ‘Abdullah ibn ‘Abbās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesungguhnya batu licin yang menyebabkan kaki-kaki para ulama menjadi tidak tetap adalah perasaan tamak)) [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3023.]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman