Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya bapa saudara itu adalah (ibarat) seorang bapa

Teks Bahasa Arab

إِنَّمَا الْخَالُ وَالِدٌ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya bapa saudara itu adalah (ibarat) seorang bapa.

Sahabat Perawi

  1. Muhammad bin ‘Umair bin Wahab

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 152, hadis no. 768. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن محمد بن عمير بن وهب خال النبي صلى الله عليه وسلم قال: جاء - يعني: عميراً - والنبي صلى الله عليه وسلم قاعد، فبسط له رداءه فقال: أجلس على ردائك يا رسول الله؟! قال: ((نعم، فإنما الخال والد)). [الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (7126)]

(Daif) Daripada Muhammad bin ‘Umair bin Wahab bapa saudara Nabi SAW beliau berkata: ‘Umair telah datang ketika Nabi SAW sedang duduk, lalu Rasulullah membentangkan Selendang baginda untuk ‘Umair. Beliau berkata : Aku duduk di atas selendangmu wahai Rasulullah ? Baginda berkata : Ya, sesungguhnya bapa saudara itu adalah (ibarat) seorang bapa. [Riwayat al-Khara’iti dalam Makarim al-Akhlak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7126]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.