Sesungguhnya Bani Israel tatkala mereka melampaui batas, membongkak serta membunuh para nabi, Allah telah mengutuskan Nebuchadnezzar, raja Parsi kepada mereka

TEKS BAHASA ARAB

إن بني إسرائيل لما اعتدوا وعلوا وقتلوا الأنبياء بعث الله عليهم ملك فارس بختنصر وكان الله ملكه سبع مئة سنة، فسار إليهم حتى دخل بيت المقدس فحاصرها وفتحها وقتل على دم زكريا سبعين ألفا ثم سبى أهلها وبني الأنبياء، وسلب حلي بيت المقدس واستخرج منها سبعين ألفا ومئة ألف عجلة من حلي حتى أورده بابل. قال حذيفة: فقلت: يا رسول الله لقد كان بيت المقدس عظيما عند الله؟ قال: أجل، بناه سليمان بن داود من ذهب ودر وياقوت وزبرجد، وكان بلاطه بلاطة من ذهب وبلاطة من فضة، وعمده ذهبا أعطاه الله ذلك وسخر له الشياطين يأتونه بهذه الأشياء في طرفة عين، فسار بختنصر بهذه الأشياء حتى نزل بها بابل، فأقام بنو إسرائيل في يديه مئة سنة تعذبهم المجوس وأبناء المجوس، فيهم الأنبياء وأبناء الأنبياء، ثم إن الله رحمهم فأوحى إلى ملك من ملوك فارس – يقال له كورس وكان مؤمنا – أن سر إلى بقايا بني إسرائيل حتى تستنقذهم، فسار كورس ببني إسرائيل وحلي بيت المقدس حتى رده إليه، فأقام بنو إسرائيل مطيعين لله مئة سنة، ثم إنهم عادوا في المعاصي فسلط الله عليه إبطيانحوس فغزا بأبناء من غزا مع بختنصر، فغزا بني إسرائيل حتى أتاهم بيت المقدس فسبى أهلها وأحرق بيت المقدس وقال لهم: يا بني إسرائيل إن عدتم في المعاصي عدنا عليكم بالسباء، فعادوا في المعاصي فسير الله عليهم السباء الثالث ملك رومية يقال له: قاقس بن إسبايوس فغزاهم في البر والبحر فسباهم وسبى حلي بيت المقدس وأحرق بيت المقدس بالنيران، فقال رسول الله ﷺ: هذا من صنعة حلي بيت المقدس ويرده المهدي إلى بيت المقدس وهو ألف سفينة وسبع مئة سفينة يرسى بها على يافا حتى تنقل إلى بيت المقدس وبها يجمع الله الأولين والآخرين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Bani Israel tatkala mereka melampaui batas, membongkak serta membunuh para nabi, Allah telah mengutuskan Nebuchadnezzar, raja Parsi kepada mereka. Allah telah memberi kekuasaan kepadanya selama tujuh ratus tahun, lalu beliau pergi kepada mereka (Bani Israel) sehingga beliau memasuki Baitulmuqaddis, mengepungnya dan menawannya. Beliau juga membunuh tujuh puluh ribu orang kerana (menuntut) darah Nabi Zakaria serta menawan penduduknya dan keturunan para nabi. Beliau juga merampas perhiasan Baitulmuqaddis dan mengeluarkan daripadanya tujuh puluh ribu orang dan seratus ribu buah roda daripada barang perhiasan sehingga sampai kepada Babylon. Hudzaifah berkata: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Baitulmuqaddis itu telah pun agung di sisi Allah? Baginda bersabda: Benar, Nabi Sulaiman bin Daud AS telah membinanya daripada emas, mutiara, permata dan berlian. Manakala jubinnya ialah jubin daripada emas dan perak. Tiang-tiangnya pula adalah emas. Allah telah menganugerahkan yang demikian kepadanya. Dia (Allah) juga menundukkan syaitan-syaitan kepada baginda yang akan membawakan kepada baginda barang-barang ini dalam sekelip mata. Nebuchadnezzar bergerak bersama barang-barang ini sehingga beliau sampai bersamanya di Babylon. Maka Bani Israel pun hidup selama seratus tahun dalam pemerintahannya dengan diseksa oleh orang-orang Majusi dan keturunan orang Majusi, dalam kalangan mereka itu terdapat para nabi dan keturunan para nabi. Kemudian sungguh Allah telah merahmati mereka, maka diilhamkan kepada salah seorang raja daripada raja-raja Parsi – beliau digelar Cyrus dan beliau ialah seorang yang beriman – untuk pergi kepada Bani Israel yang tersisa bagi menyelamatkan mereka. Maka Cyrus bergerak bersama Bani Israel beserta perhiasan Baitulmuqaddis sehingga beliau berjaya mengembalikan ia kepadanya. Lalu Bani Israel pun hidup dalam keadaan mentaati perintah Allah selama seratus tahun, namun kemudian sungguh mereka kembali kepada kederhakaan. Maka Allah jadikan Ibtiyanhus menguasi mereka. Dia pergi berperang bersama-sama mereka yang berperang bersama Nebuchadnezzar dahulu dan Bani Israel pun berperang sehinggalah mereka sampai di Baitulmuqaddis. Lalu dia menawan penduduknya dan membakar Baitulmuqaddis. Kemudian dia berkata kepada mereka: Wahai Bani Israel! Jika kalian kembali derhaka, maka kami akan kembali menawan kalian. Tetapi mereka tetap kembali derhaka dan Allah telah memperjalankan penawanan kali ketiga buat mereka (dengan) seorang raja Romawi yang dikenali sebagai Qaqas bin Isbayus. Dia telah memerangi mereka di darat dan di laut serta menawan mereka dan perhiasan Baitulmuqaddis juga membakar Baitulmuqaddis dengan api. Lalu Rasulullah ﷺ bersabda: Ini ialah daripada buatan perhiasan Baitulmuqaddis dan Imam Mahdi akan mengembalikannya semula ke Baitulmuqaddis. Ia merupakan seribu tujuh ratus buah kapal yang akan berlabuh di Yafa sebelum ia dipindahkan ke Baitulmuqaddis dan padanya juga Allah akan menghimpunkan orang-orang terdahulu dan terkemudian.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 369-370, hadis nombor 1967. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن حذيفة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن بني إسرائيل لما اعتدوا وعلوا وقتلوا الأنبياء بعث الله عليهم ملك فارس بختنصر وكان الله ملكه سبع مئة سنة، فسار إليهم حتى دخل بيت المقدس فحاصرها وفتحها وقتل على دم زكريا سبعين ألفا ثم سبى أهلها وبني الأنبياء، وسلب حلي بيت المقدس واستخرج منها سبعين ألفا ومئة ألف عجلة من حلي حتى أورده بابل. قال حذيفة: فقلت: يا رسول الله لقد كان بيت المقدس عظيما عند الله؟ قال: أجل، بناه سليمان بن داود من ذهب ودر وياقوت وزبرجد، وكان بلاطه بلاطة من ذهب وبلاطة من فضة، وعمده ذهبا أعطاه الله ذلك وسخر له الشياطين يأتونه بهذه الأشياء في طرفة عين، فسار بختنصر بهذه الأشياء حتى نزل بها بابل، فأقام بنو إسرائيل في يديه مئة سنة تعذبهم المجوس وأبناء المجوس، فيهم الأنبياء وأبناء الأنبياء، ثم إن الله رحمهم فأوحى إلى ملك من ملوك فارس – يقال له كورس وكان مؤمنا – أن سر إلى بقايا بني إسرائيل حتى تستنقذهم، فسار كورس ببني إسرائيل وحلي بيت المقدس حتى رده إليه، فأقام بنو إسرائيل مطيعين لله مئة سنة، ثم إنهم عادوا في المعاصي فسلط الله عليه إبطيانحوس فغزا بأبناء من غزا مع بختنصر، فغزا بني إسرائيل حتى أتاهم بيت المقدس فسبى أهلها وأحرق بيت المقدس وقال لهم: يا بني إسرائيل إن عدتم في المعاصي عدنا عليكم بالسباء، فعادوا في المعاصي فسير الله عليهم السباء الثالث ملك رومية يقال له: قاقس بن إسبايوس فغزاهم في البر والبحر فسباهم وسبى حلي بيت المقدس وأحرق بيت المقدس بالنيران، فقال رسول الله ﷺ: هذا من صنعة حلي بيت المقدس ويرده المهدي إلى بيت المقدس وهو ألف سفينة وسبع مئة سفينة يرسى بها على يافا حتى تنقل إلى بيت المقدس وبها يجمع الله الأولين والآخرين». [ابن جرير، «الضعيفة» (6551)].

(Palsu) Daripada Hudzaifah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya Bani Israel tatkala mereka melampaui batas, membongkak serta membunuh para nabi, Allah telah mengutuskan Nebuchadnezzar, raja Parsi kepada mereka. Allah telah memberi kekuasaan kepadanya selama tujuh ratus tahun, lalu beliau pergi kepada mereka (Bani Israel) sehingga beliau memasuki Baitulmuqaddis, mengepungnya dan menawannya. Beliau juga membunuh tujuh puluh ribu orang kerana (menuntut) darah Nabi Zakaria serta menawan penduduknya dan keturunan para nabi. Beliau juga merampas perhiasan Baitulmuqaddis dan mengeluarkan daripadanya tujuh puluh ribu orang dan seratus ribu buah roda daripada barang perhiasan sehingga sampai kepada Babylon. Hudzaifah berkata: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Baitulmuqaddis itu telah pun agung di sisi Allah? Baginda bersabda: Benar, Nabi Sulaiman bin Daud AS telah membinanya daripada emas, mutiara, permata dan berlian. Manakala jubinnya ialah jubin daripada emas dan perak. Tiang-tiangnya pula adalah emas. Allah telah menganugerahkan yang demikian kepadanya. Dia (Allah) juga menundukkan syaitan-syaitan kepada baginda yang akan membawakan kepada baginda barang-barang ini dalam sekelip mata. Nebuchadnezzar bergerak bersama barang-barang ini sehingga beliau sampai bersamanya di Babylon. Maka Bani Israel pun hidup selama seratus tahun dalam pemerintahannya dengan diseksa oleh orang-orang Majusi dan keturunan orang Majusi, dalam kalangan mereka itu terdapat para nabi dan keturunan para nabi. Kemudian sungguh Allah telah merahmati mereka, maka diilhamkan kepada salah seorang raja daripada raja-raja Parsi – beliau digelar Cyrus dan beliau ialah seorang yang beriman – untuk pergi kepada Bani Israel yang tersisa bagi menyelamatkan mereka. Maka Cyrus bergerak bersama Bani Israel beserta perhiasan Baitulmuqaddis sehingga beliau berjaya mengembalikan ia kepadanya. Lalu Bani Israel pun hidup dalam keadaan mentaati perintah Allah selama seratus tahun, namun kemudian sungguh mereka kembali kepada kederhakaan. Maka Allah jadikan Ibtiyanhus menguasi mereka. Dia pergi berperang bersama-sama mereka yang berperang bersama Nebuchadnezzar dahulu dan Bani Israel pun berperang sehinggalah mereka sampai di Baitulmuqaddis. Lalu dia menawan penduduknya dan membakar Baitulmuqaddis. Kemudian dia berkata kepada mereka: Wahai Bani Israel! Jika kalian kembali derhaka, maka kami akan kembali menawan kalian. Tetapi mereka tetap kembali derhaka dan Allah telah memperjalankan penawanan kali ketiga buat mereka (dengan) seorang raja Romawi yang dikenali sebagai Qaqas bin Isbayus. Dia telah memerangi mereka di darat dan di laut serta menawan mereka dan perhiasan Baitulmuqaddis juga membakar Baitulmuqaddis dengan api. Lalu Rasulullah ﷺ bersabda: Ini ialah daripada buatan perhiasan Baitulmuqaddis dan Imam Mahdi akan mengembalikannya semula ke Baitulmuqaddis. Ia merupakan seribu tujuh ratus buah kapal yang akan berlabuh di Yafa sebelum ia dipindahkan ke Baitulmuqaddis dan padanya juga Allah akan menghimpunkan orang-orang terdahulu dan terkemudian. [Riwayat Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Dai’fah, no. 6551].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.