Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ بني إسرائيلَ لمَّا اعتدَوا وعلَوا وقتلوا الأنبياءَ بعثَ اللهُ عليهم مَلِكَ فارسَ بُخْتُنَصَّرَ وكان اللهُ مَلَّكهُ سبعمائةَ سَنَةً ، فسارَ إليهم حتى دخلَ بيتَ المقدسِ فحاصرَها وفتحها وقَتَلَ على دمِ زكريا سبعينَ ألفًا ثم سَبَى أهلَها وبَنِي الأنبياءِ ، وسَلَبَ حُلِيَّ بيتِ المقدسِ واستخرجَ منها سبعينَ ألفًا ومائةَ ألفِ عَجَلَةٍ من حُلِيٍّ حتى أوردهُ بابلَ . قال حذيفةُ : فقلتُ : يا رسولَ اللهِ لقد كان بيتُ المقدسِ عظيمًا عندَ اللهِ ؟ قال : أجلْ ، بناهُ سليمانُ بنُ داودَ من ذهبٍ ودُرٍّ وياقوتٍ وزبرجدٍ ، وكان بلاطُه بلاطةً من ذهبٍ وبلاطةً من فضةٍ ، وعُمُدُه ذهبًا أعطاهُ اللهُ ذلكَ وسخَّرَ لهُ الشياطينَ يأتونهُ بهذهِ الأشياءِ في طرفةِ عَيْنٍ ، فسارَ بُخْتُنَصَّرُ بهذهِ الأشياءِ حتى نزلَ بها بابلَ ، فأقام بنو إسرائيلَ في يدَيهِ مئةَ سَنَةٍ تُعذِّبُهم المجوسُ وأبناءُ المجوسِ ، فيهم الأنبياءُ وأبناءُ الأنبياءِ ، ثم إنَّ اللهَ رحمهم فأَوْحَى إلى مَلِكٍ من ملوكِ فارسَ يُقالُ له كورسُ وكان مؤمنًا : أن سِرْ إلى بقايا بني إسرائيلَ حتى تَستنقذَهم ، فسارَ كورسُ ببني إسرائيلَ وحُلِيِّ بيتِ المقدسِ حتى رَدَّهُ إليهِ ، فأقام بنو إسرائيلَ مطيعينَ للهِ مئةَ سَنَةٍ ، ثم إنهم عادوا في المعاصي فسلَّطَ اللهُ عليه إبطيانحوسَ فغزا بأبناءِ من غزا مع بُخْتُنَصَّرَ ، فغزا بني إسرائيلَ حتى أتاهم بيتَ المقدسِ فَسَبَى أهلَها وأحرقَ بيتَ المقدسِ وقال لهم : يا بني إسرائيلَ إن عدتم في المعاصي عُدْنا عليكم بالسِّباءِ ، فعادوا في المعاصي فسَيَّرَ اللهُ عليهم السِّباءَ الثالثَ مَلِكَ روميةَ يُقالُ له : قاقسُ بنُ إسبايوسَ فغزاهم في البرِّ والبحرِ فسَبَاهم وسَبَى حُلِيَّ بيتِ المقدسِ وأحرقَ بيتَ المقدسِ بالنيرانِ ، فقالَ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ : هذا من صنعةِ حُلِيِّ بيتِ المقدسِ ويَرُدُّهُ المهديُّ إلى بيتِ المقدسِ وهو ألفُ سفينةٍ وسبعمائةُ سفينةٍ يُرْسَى بها على يافا حتى تُنقلَ إلى بيتِ المقدسِ وبها يجمعُ اللهُ الأولينَ والآخرينَ.
Teks Bahasa Melayu
“Sesungguhnya Bani Israel ketika mereka melampau, meninggi diri, dan membunuh para nabi, Allah SWT telah mengutuskan Raja Parsi Nebuchadnezzar, dan Allah SWT telah menjadikannya raja 700 tahun. Dia berjalan kepada mereka sehinggalah masuk ke Baitulmuqaddis, mengepungnya dan menaklukinya. Dia telah membunuh atas darah Nabi Zakariyyā AS sebanyak 70 ribu orang. Kemudian dia telah menawan penduduknya dan keturunan para Nabi. Dia telah merampas perhiasan Baitulmuqaddis, dan telah mengeluarkan daripadanya 170 ribu roda daripada mutiara sehingga telah membawanya ke Babylon.” Hudhayfah telah berkata: “Maka aku telah bertanya, wahai Rasulullah sesungguhnya Baitulmuqaddis itu agung di sisi Allah SWT?” RAsulullah ﷺ telah menjawab: “Benar, ianya dibina oleh Nabi Sulaymān ibn Dāwud AS daripada emas, permata, yakut dan zabarjad. Lantainya daripada emas dan perak. Tiangnya daripada emas. Allah SWT telah memberinya itu dan menundukkan baginya syaitan untuk membawakan benda-benda ini dalam sekelip mata. Lalu Nebuchadnezzar berjalan dengan benda-benda ini sehingga dia sampai ke tempatnya di Babylon. Bani Israel tinggal dalam pemerintahannya selama 100 tahun, diazab oleh Majusi dan keturunan Majusi. Dalam kalangan mereka ada Nabi-Nabi dan anak-anak Nabi. Kemudian Allah SWT telah belas kasihan kepada mereka. Lalu Dia mewahyukan kepada seorang raja daripada raja-raja Parsi yang bernama Cyrus yang beriman untuk pergi ke saki baki Bani Israel sehingga selamatkan mereka. Lalu Cyrus pergi ke Banis Israel dan merampas perhiasan Baitulmuqaddis sehinggalah dia telah memulangkannya kepadanya. Maka Bani Israel tinggallah dengan taat kepada Allah SWT selama 100 tahun. Kemudian sesungguhnya mereka telah kembali berbuat maksiat. Maka Allah SWT telah menguji mereka dengan Antiochus lalu dia berperang dengan anak keturunan orang yang berperang bersama Nebuchadnezzar. Dia menyerang Bani Israel sehingga dia mendatangi mereka di Baitulmuqaddis, menawan penduduknya dan membakar Baitulmuqaddis. Dia telah berkata kepada mereka: “Wahai Bani Israel! Jika kamu kembali melakukan maksiat, kami akan kembali kepada kamu dengan penawanan. Lalu mereka kembali bermaksiat, maka Allah SWT pun menghantar kepada mereka penawanan ketiga, iaitu Raja Rom yang bergelar Qāqis ibn Isbāyūs. Dia pun memerangi mereka di daratan dan lautan. Lalu dia telah menawan mereka dan merampas harta perhiasan Baitulmuqaddis, dan telah membakar Baitulmuqaddis dengan api.” Lalu Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Ini daripada ciptaan perhiasan Baitulmuqaddis. al-Mahdī akan memulangkannya ke Baitulmuqaddis, iaitu 1700 kapal diangkut ke atas Jaffa sehingga telah dipindahkan ke Baitulmuqaddis. Di sana Allah SWT menghimpunkan semua daripada awal hingga akhir”.
Sahabat Perawi
- Hudhayfah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 568, hadis no. 2942.
(Palsu) Daripada Ḥudhayfah RA telah berkata: “Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Sesungguhnya Bani Israel ketika mereka melampau, meninggi diri, dan membunuh para nabi, Allah SWT telah mengutuskan Raja Parsi Nebuchadnezzar, dan Allah SWT telah menjadikannya raja 700 tahun. Dia berjalan kepada mereka sehinggalah masuk ke Baitulmuqaddis, mengepungnya dan menaklukinya. Dia telah membunuh atas darah Nabi Zakariyyā AS sebanyak 70 ribu orang. Kemudian dia telah menawan penduduknya dan keturunan para Nabi. Dia telah merampas perhiasan Baitulmuqaddis, dan telah mengeluarkan daripadanya 170 ribu roda daripada mutiara sehingga telah membawanya ke Babylon.” Hudhayfah telah berkata: “Maka aku telah bertanya, wahai Rasulullah sesungguhnya Baitulmuqaddis itu agung di sisi Allah SWT?” RAsulullah ﷺ telah menjawab: “Benar, ianya dibina oleh Nabi Sulaymān ibn Dāwud AS daripada emas, permata, yakut dan zabarjad. Lantainya daripada emas dan perak. Tiangnya daripada emas. Allah SWT telah memberinya itu dan menundukkan baginya syaitan untuk membawakan benda-benda ini dalam sekelip mata. Lalu Nebuchadnezzar berjalan dengan benda-benda ini sehingga dia sampai ke tempatnya di Babylon. Bani Israel tinggal dalam pemerintahannya selama 100 tahun, diazab oleh Majusi dan keturunan Majusi. Dalam kalangan mereka ada Nabi-Nabi dan anak-anak Nabi. Kemudian Allah SWT telah belas kasihan kepada mereka. Lalu Dia mewahyukan kepada seorang raja daripada raja-raja Parsi yang bernama Cyrus yang beriman untuk pergi ke saki baki Bani Israel sehingga selamatkan mereka. Lalu Cyrus pergi ke Banis Israel dan merampas perhiasan Baitulmuqaddis sehinggalah dia telah memulangkannya kepadanya. Maka Bani Israel tinggallah dengan taat kepada Allah SWT selama 100 tahun. Kemudian sesungguhnya mereka telah kembali berbuat maksiat. Maka Allah SWT telah menguji mereka dengan Antiochus lalu dia berperang dengan anak keturunan orang yang berperang bersama Nebuchadnezzar. Dia menyerang Bani Israel sehingga dia mendatangi mereka di Baitulmuqaddis, menawan penduduknya dan membakar Baitulmuqaddis. Dia telah berkata kepada mereka: “Wahai Bani Israel! Jika kamu kembali melakukan maksiat, kami akan kembali kepada kamu dengan penawanan. Lalu mereka kembali bermaksiat, maka Allah SWT pun menghantar kepada mereka penawanan ketiga, iaitu Raja Rom yang bergelar Qāqis ibn Isbāyūs. Dia pun memerangi mereka di daratan dan lautan. Lalu dia telah menawan mereka dan merampas harta perhiasan Baitulmuqaddis, dan telah membakar Baitulmuqaddis dengan api.” Lalu Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Ini daripada ciptaan perhiasan Baitulmuqaddis. al-Mahdī akan memulangkannya ke Baitulmuqaddis, iaitu 1700 kapal diangkut ke atas Jaffa sehingga telah dipindahkan ke Baitulmuqaddis. Di sana Allah SWT menghimpunkan semua daripada awal hingga akhir”.” [Riwayat ibn Jarīr dalam tafsirnya. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah nombor 6551].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman